Rabu, 27 Mac 2013




Hey2 hampa dah x dak keja lain key g tengh baca ni hahahahahaha
Relx melawak je kot
Assalamualaikum
Ak dh lama x updt emmmm atas sbb trtentu
Ok untk kali ni ak saja nk kongsi pengalaman ak yg baru bemanja2 dlm bidg music ni hahahaha ye ak skrg tengh belajr bermain guitar hahaha
Yeeeessss pada mula nya ak sepatah haram pon x pandai nak main ,time mula2 beli dulu
Cuma berangan nk guling kan slash satu hari nant hahaha
Kisahnya pada mula nya ak x benint langsung pon ngan guitar ,semua nya trjadi bila sorg kawan ak (kucai) menyuarakan hasratnya untk menubh kan sebuah kugiran hahaha tp time kami melawak2 ja lah haha tp selepas kawan ak si (ijat) pulak beli guitar dari kawan abg dia dgn harga rm60 ja kot ,,,agak2 arrr guitar 60ringgt ja ak pon x caya dia blh dapt guitar murah mcm tu tp nk buat mcm mana dh rezki dia ,,ok bebalik pada jalan cerita selepas kejadian ijat mendaptkan sebuah guitar tong dgn agak murh ,ak pon mula befikr tentg guitar,siang malam ak dengr lagu2 slash hahaha sampai hampir2 ak trnyanyi lagu tu dlm doa kunut ak HAMPIR OK ,,hah sebelum tu ak lupa nk bagi tau ak ada sepupu yg pro main guitar (ajib) nama dia jgn Tanya kenapa nama dia mcm jenama kereta,dia (ajib) ni dh lama main guitar n mmg ak nampk dia bebakat besar pon baru setahn main guitar dh blh dapt tempt ke2 dlm pertandingan apath kt ipoh dulu hahhaahaha,,dan bebalik pada cerita sekali lagi dlm ak tengh2 dlm dilema nk beli guitar ke x ,time tu lah rezki ak makin murah ,mcm2 duit masuk dlm poket ak haha ,time tu ak fakir duit dh ada org nak ajar pon dh ada Cuma ak ni ada bakat ke x ,,kang ak beli sia2 ja jadi tukun tp klu x cuba mana ak tau lagi pon ak guna duit untk kebahagiaan ak hahaha,,,,maka setelah selesai befikr  ak pon ajk la sepupu ak (men) abg kepada (ajib) untk ke penang nk cari guitar dan disitu lah ak bertemu buat kali pertama dgn guitar ak,ye mmg agak sweet kan hahaha ,mula2 ak bajet dlm rm180 je last trpaksa keluar sampai rm250 hahahaha berasap kot poket ak ,tp x pa ak akan pasti kan pengobanan ak ni bukan lah sia2 jadi sejak hari tu ak mula berlath dgn gigih,jitu,bersunggh2,dan yg lain2 lagi dan alhamdulilah skrg blh la main sikt2 haha
Ak yg dulu langsung x reti nk petik tali guitar Dgn tunjuk ajar dari cikgu2 peluang untk ak mengguling kan slash tu dh nampk dh hahaha tp sampai skrg ak x tau ak ni bebakat ke x?????

Selasa, 15 Januari 2013

BE HAPPY



HAI asalammualaikum :)
sepeti biasa hari2 ak macam hari2 besa korang ,ok just nk cite sikt lah tentang pendapt ak tentang sorg budk pompuan ni ,,,ok dia ni cantik n x dinafikan ak jatuh begolek2 suka kt dia tapi ak masih sedar daratan lagi x kan munkin dia nk suka kt ak nye ,,kn la ak ni dh la x hensem stkat cukp makan ja tp ak besyukur atas apa yg ak ada sbb bagi ak kehidupan dia agk sedih cikt ,,bukn apa pon sbb dia ni baru putus ngan bf petama dia ja ,,,yesss mmg ak sendiri x nafikan yg cinta pandang petama tu mmg parah cikt tp kita kena la ingt x semestinya cinta pandang petama tu adalah cinta sejati ,,,,heeeemmmmm tampk tak ak pon dh mula nk jiwang ni hahahaha,,,,bebalik pada cita td ,ok budk pompuan ni trlalu sayk kan bf die lah nak di jadi kan cite n deorg ni putus sbb bf die tu buat pasal la pulak ,pi main kayu tiga ,,,, nak kata bangang tu ada lah sikt ,,tp yg ak x blh tahn tu si pompuan tu masih tetap sayg kan dia masih beharap walau pon dh kena tendang mcm tu ja ,,ak x thu la hidup dalm kesedihn ni best ke x sbb ak x penah lagi la sedih bebulan+betahun2 ni ,,,,sooo apa yg ak cuba nk sampai kn kt sini ,,,hidup kita ni mmg x lari dari perasaan sedih,gembira, n yg lain2 tapi kita sebagai watak dalam cerita hidup kita ,,kita blh kan wat pilihan untuk hidup hppy,,, cuma kena berani je lah lagi pon ape nak takut allahdh atur jodoh petemua semua tu ,,,disenang kan cerita lagi kenapa nk buang masa dengan menangis klu blh gelak guling2,,,, so bagi sesiapa yg tengh sedih2 tu jgn la sedih lama2 ,klu nangis keluar mas x pe la jugk ni wat abis tisu ja ,,,sbb org2 yg suka nangs ni la banyk pokok2 yg kena tebang sbb nk wat tisu untuk ampa ,,,,now stop menangis dan selamat kan pokok2 dari kena tebang ,,,
soooo itu jelah kot apa yg ak ni tulis hari ni harap hidup hampa2 semua lebih ceria benbanding semalam
G TO G ASALAMMUALAIKUM :)

Rabu, 9 Januari 2013

t shirt design

sepeti yg ak cerita pada updt yg lepas ak agak sibuk dengan banyk pekara n antaranya adalah ,bz dgn t shirt design untk kelas ak ,sooo atas pemintaan seorg kawan ak (nad) dy nak ak updt pic tu dlm blog ak ni sooo this is it .........








ni ja yg ak mampu stakt ni klu ada rezki untk ak sambung belajr dlm bidang design ni alhadulilah ak akn cuba wat yg lagi baik.....
smenjk 2 menjak 2 menjak ni ak mmg bz ,,,bebeza sunguh kehudupan ak lepas cuti ni emmm mmc2 kerja ak kena selesaikan di tambah lagi dgn ak ni bru nk ambik ujian computr bagi lesan moto L sabtu ni hahahaha wat keja untk kelab lagi ,,,wat t shrt design untk kelas ,,,homework toksah kata la belambak2 hahaha ,,x cukup dgn tu tekanan pon lagi bert ,,,cikgu india ak (kumaren) x puas ati ngan ak munkin dy ingt ak adalah sbb dy kena tukar kelas lain kot (2012 dy guru kelas ak) abis nama ak dy jaja satu sklh hahaha x pe lah apa org nk kata kt ak pon ,,,asalkan ak x bohong diri sendiri,,cikgu kumaren tu bukan ape dy munkin bengang kot yg nama dy busuk lepas dy ada kacau budak pompuan kelas ak dulu than budak pompuan tu dh x thn kena ganggu so budk tu bagi thu la kt pengetua ,,,,,dan setalah cerita tu bekembang sehingga dy thu ,,,x semene2 ak yg dutudh nye wat cita hahahahaha,,,munkin sbb ak yg aktif dlm kelas tu dy ingt ak yg wat cita2 ni hahahaha ,,, mmg ak thu ilmu x kan berkt klu sakt kan hati guru TAPI ADAKAH INI SALAH AK!!!!
adakh ak ni besalah ats kesalah yg ak sendiri pon x thu ?,,,sapa yg pecayakan ak ? ,,, adakh ak ni kurag ajar ?,,, ak x thu semua tu tapi cuma satu ja yg ak thu selagi ak x tipu diri sendiri ,ak x perlu rasa sebesalh :)
anggp lah ini semua cubaan dan cabaran yg diberikan untk ak oleh ALLAH :) kan jalan islam adalah jalan kasih sayang soooo bgi sapa yg senasip dgn ak sentiasa lah senyum :) n terus buat baik pada org lain

Rabu, 26 Disember 2012


Rmai gak diantara kita yg sebenrny x pandai memujuk org (trmasuk ak)
Sebenrnya memujuk ni bukan sesuatu yg senang ,,bgi yg tengh becinta tu depa thu la mcm na “kematian akainya” untuk memujuk org ni haha
OK dalam ak duk memcari akai dlm google untuk memejuk seseorg ni dan ak trjumpa tips ni dan ak rasa ada eloknya ak kongsi mana la tau musibah kena kt ampa nant ada gak pesiapan yg dh di buat untk selamtkn diri hahaha

SENYUM 
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen ataupun senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang (dalam hati dah gila apa laki aku ni).
BUAT LAWAK
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak korang. Tak gelak jugak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’.
BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka apa? Minat apa? Ada apa-apa yang si dia idamkan? Cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair dab merajuk hilang.(bagi origami bunga lili pon dh cukp)
HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Cara ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je dengan korang, korang, hantarlah sms/mms/voice sms kat si dia. Gunakanlah ayat yang menunjukkan korang mintak maaf dengan setulus hati korang. Senang je kan? Tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun.
BUAT BODOH
Cara yang ni aku tak berapa nak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba cara ni. Tapi kalau korang nak cuba jugak, boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang. Baru padan muka sebab tak nak pujukkan.
MERAJUK BALIK (bagi yg malas)
Paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk dengan korang. Daripada korang kena pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang. Kalau dah sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?
Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit, kecil dan makan hati. Jadi kita sebagai seorang lelaki patut tahu dan jaga perasaan mereka agar tidak merajuk. Manakala wanita pula patut bertimbang rasa terhadap pasangannya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap.


Isnin, 17 Disember 2012

BILAL BIN RABAH : “KULITNYA HITAM, HATINYA PUTIH”



Di mana sahaja kita berada di pelusuk dunia, pasti akan ada orang yang mengenali Bilal Bin Rabah. Kelahirannya dari bumi Habsyah, mengikut riwayat lain, dari negara hijaz.
Kulitnya berwarna hitam, ternyata hatinya putih berseri dengan basuhan wudu’ yang tidak pernah diabaikannya sejak keislamannya. Terbukti dengan kisah Isra’ dan Mikraj Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.
“Wahai bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.
Bilal menjawab, “Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat. Apabila aku berhadas, pasti aku akan berwudu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.
Beliau menjadi hamba kepada seorang tokoh besar kafir, Umayyah bin Khalaf. Seorang yang sangat membenci Islam. Berani dengan orang lemah, tetapi takut dengan orang yang berkuasa.
Semasa bilal masih hamba, berita keislaman bilal menyebabkan dia menjadi berang, sehingga sanggup menyeksa bilal sezalim-zalimnya. Dia menelanjangkan bilal, lalu mencampakkan tubuh yang tidak seurat benang itu ke padang pasir yang kepanasan. Di letakkan batu yang berat di dada bilal, sehingga sendat penafasan Bilal. Tidak dapat dilafaz, melainkan “ahad, ahad dan ahad” sahaja, sebagai tanda ketauhidan bilal terhadap Allah SWT.
Abu Bakar As-Siddiq R.A melihat kezaliman Umayyah yang sudah sampai ke tahap luar dari peri kemanusiaan, malah peri kebinatangan, menyebabkan Abu Bakar telah membeli Bilal, malah memerdekakannya.
Bilal terselamat dari seksaan Umayyah, tetapi kejahatan Umayyah tidak berhenti sekadar itu, malah berterusan pula dilakukan terhadap keluarga Ammar bin Yasir sehingga berlaku pembunuhan terhadap bapa Ammar, Yasir dan ibunya, Sumayyah binti Al-Khayyat.
Umayyah yang jahat dibunuh Bilal dalam peperangan Badar, waimma pada asalnya, dia tidak mahu terlibat dalam peperangan badar tersebut. Dia sudah menjangkakan, kehadirannya dalam peperangan badar akan menyebabkan dia berketemu dengan Bilal.
Tidak mahu terlibat dalam peperangan badar, memperlihatkan kekecutan Umayyah yang dilihat berani dihadapan hamba-hamba yang lemah. Uqbah bin Abi Muayyit memperlekeh Umayyah dengan menggambarkan Umayyah seperti perempuan.
Diambilnya setanggi wangian, diperasapkan dihadapan Umayyah seraya berkata, ”wangian setanggi akan melekat kepada tubuh kamu wahai Umayyah. Ini menandakan, kamu sebenarnya tidak jantan, tetapi adalah wanita” Abu Muayyit ketawa terbahak-bahak.
Bagai dipelempang ke muka dengan penghinaan yang dilakukan oleh Abu Muayyit itu, menyebabkan Umayyah terlibat juga dalam peperangan Badar yang merupakan perang yang terakhir dia sertai, seterusnya berjumpa dengan tuhan yang maha memberi keadilan.
Umayyah terbunuh dalam peperangan badar dengan tetakan pedang yang dilakukan oleh Bilal. Sebelum tetakan terkena lehernya, kelihatan diwajahnya rupa ketakutan, tidak seperti bilal yang diseksanya dahulu.
Sejak Islam bilal, beliau terlalu rapat dengan Nabi SAW. kulitnya yang hitam, tidak pernah dijadikan perasaan ’geli geleman’ dalam hati nabi untuk menjadikannya sebagai sahabat yang rapat.
Di saat azan disyariatkan, bilal yang menyebut kalimah ”ahad, ahad dan ahad” dikala awal keislamannya yang diseksa oleh kuffar, dilantik oleh Nabi SAW sebagai Muazzin (baca : tukang azan). Perlantikan yang membawa satu pengiktirafan terhadap keimanan dan keislaman bilal sehingga ke hari ini.
Selepas kewafatan Nabi, Bilal bersedih hati yang teramat sangat. Beliau tidak sanggup melihat maqam Nabi SAW. Apabila dilihat ke Makam nabi, pasti matanya tidak disedari menitiskan air.
Tidak sanggup menahan kerinduan, dia berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq yang baru dilantik menjadi Khalifah untuk meminta izin untuk berpindah ke negara lain. dia tidak bersedia untuk menjadi muazzin di saat Nabi SAW tidak dapat dilihat lagi.
Dengan pujukan dan rayuan, Abu bakar As-Siddiq memintanya kekal sebagai muazzin. Dengan berat hati dan bertanggungjawab, tidak sanggup dia menolak permintaan Abu bakar As-Siddiq yang menyelamatkannya dari seksaan Umayyah bin Khalaf di awal Islamnya dahulu.
Di awal pemerintahan Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah, permintaan yang sama diajukan oleh Bilal. Permintaan itu dimakbulkan oleh Umar.
Dia berhijrah ke Syria. Tinggal di sana, meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad. Dia tidak mengabaikan tugasan dakwah yang ditarbiyyah oleh Rasulullah SAW.
Semasa di syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.
“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi bilal.
Sedar dari mimpi, bilal kesedihan. Kerinduannya terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke Madinah; menziarahi kubur Nabi SAW sebagai cara untuk menghilangkan kerinduannya terhadap Rasulullah SAW.
Sesampai di Madinah, Bilal terus meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur nabi, hatinya sudah tidak tertahan lagi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata menitis lebat.
Dia berjumpa dengan cucunda Nabi SAW; hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya.
Dalam suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik bilal, kami terlalu ingin mendengar azan kamu”
Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas bumbung kaabah dan berdiri. Beliau pun memulakan laungan azan.
“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan madinah kegamatan. Ramai rakyat madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.
Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” kegamatan madinah itu telah bertukar dengan kedengaran tangisan manusia.
Tangisan yang berpunca, cari kerinduan mereka terhadap nabi SAW. kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin yang tercinta. Semasa bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun, sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.
Di saat Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah menziarahi Syria. Memandangkan orang syria tidak pernah mendengar azan laungan bilal, mereka berjumpa dengan Umar, meminta agar Umar memohon untuk Bilal melaungkan azannya.
Awalnya, permohonan umar itu ditolak, tetapi setelah diminta, waimma untuk satu solat sahaja, maka bilal pun akur. Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan bilal tersebut, sedang orang yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.
Inilah bilal bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa hidup beliau lagi.
Beliau meninggal dunia di Syria sewaktu umurnya 60 tahun lebih. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriah. Mengikut riwayat lain, beliau meninggal dunia pada tahun 21 hijriah.

Ahad, 16 Disember 2012




                    ASSALAMMUALAIKUM
,bagi seorg lelaki hidup dia mmg x memilih apa yg ada itu yg dia bedal ,,,ok merujuk kejadian yg trjadi tadi ,ak tengh lapar duk umah sorang2 sebab mak ayah ak semua keluar gi rumah sepupu ak ,tambahan lagi ngan hari ni hujan ,makin betambah lapar la ak ,,,,dlm duk ‚’’menyelongkaq’’ kt dapur rumah cari benda yg blh dimakan dan halal di makan ,tetiba
Jumpak bungkusan maggie kt atas ‚’’para’’ masa tu ak yg tengh nazak kelapar bejaya di selamatkan ,syukur alhamdulilah hahhaa, (BUKAN NK PROMOT) tp simpan lah sebunggk maggie untuk kecemasan , walau pon maggie makan yg bajet tp ak rasa sama taraf je ngan nasi ayam begantung la pada tukang mask nya ,,,ok kt bawh ni ak nk share la cara ak masak ,,, resepi ni pon ak ambik dari blog sapa tah


BAHAN BAHAN
•       2 biji telur
•       2 ulas bawang putih
•       4 peket maggie perisa kari
•       2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
•       3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.
•       1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
•       2 cawan air
•       minyak untuk menumis

Cara-cara
1.   Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
2.   Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
3.   Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
4.   Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
5.   Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
6.   Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
7.   Angkat . Makanlah panas-panas.
AMARAN
kalau dah lapar sangat makan ja
maggie rebus campur telur