Rabu, 26 Disember 2012


Rmai gak diantara kita yg sebenrny x pandai memujuk org (trmasuk ak)
Sebenrnya memujuk ni bukan sesuatu yg senang ,,bgi yg tengh becinta tu depa thu la mcm na “kematian akainya” untuk memujuk org ni haha
OK dalam ak duk memcari akai dlm google untuk memejuk seseorg ni dan ak trjumpa tips ni dan ak rasa ada eloknya ak kongsi mana la tau musibah kena kt ampa nant ada gak pesiapan yg dh di buat untk selamtkn diri hahaha

SENYUM 
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen ataupun senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang (dalam hati dah gila apa laki aku ni).
BUAT LAWAK
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak korang. Tak gelak jugak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’.
BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka apa? Minat apa? Ada apa-apa yang si dia idamkan? Cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair dab merajuk hilang.(bagi origami bunga lili pon dh cukp)
HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Cara ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je dengan korang, korang, hantarlah sms/mms/voice sms kat si dia. Gunakanlah ayat yang menunjukkan korang mintak maaf dengan setulus hati korang. Senang je kan? Tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun.
BUAT BODOH
Cara yang ni aku tak berapa nak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba cara ni. Tapi kalau korang nak cuba jugak, boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang. Baru padan muka sebab tak nak pujukkan.
MERAJUK BALIK (bagi yg malas)
Paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk dengan korang. Daripada korang kena pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang. Kalau dah sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?
Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit, kecil dan makan hati. Jadi kita sebagai seorang lelaki patut tahu dan jaga perasaan mereka agar tidak merajuk. Manakala wanita pula patut bertimbang rasa terhadap pasangannya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap.


Isnin, 17 Disember 2012

BILAL BIN RABAH : “KULITNYA HITAM, HATINYA PUTIH”



Di mana sahaja kita berada di pelusuk dunia, pasti akan ada orang yang mengenali Bilal Bin Rabah. Kelahirannya dari bumi Habsyah, mengikut riwayat lain, dari negara hijaz.
Kulitnya berwarna hitam, ternyata hatinya putih berseri dengan basuhan wudu’ yang tidak pernah diabaikannya sejak keislamannya. Terbukti dengan kisah Isra’ dan Mikraj Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.
“Wahai bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.
Bilal menjawab, “Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat. Apabila aku berhadas, pasti aku akan berwudu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.
Beliau menjadi hamba kepada seorang tokoh besar kafir, Umayyah bin Khalaf. Seorang yang sangat membenci Islam. Berani dengan orang lemah, tetapi takut dengan orang yang berkuasa.
Semasa bilal masih hamba, berita keislaman bilal menyebabkan dia menjadi berang, sehingga sanggup menyeksa bilal sezalim-zalimnya. Dia menelanjangkan bilal, lalu mencampakkan tubuh yang tidak seurat benang itu ke padang pasir yang kepanasan. Di letakkan batu yang berat di dada bilal, sehingga sendat penafasan Bilal. Tidak dapat dilafaz, melainkan “ahad, ahad dan ahad” sahaja, sebagai tanda ketauhidan bilal terhadap Allah SWT.
Abu Bakar As-Siddiq R.A melihat kezaliman Umayyah yang sudah sampai ke tahap luar dari peri kemanusiaan, malah peri kebinatangan, menyebabkan Abu Bakar telah membeli Bilal, malah memerdekakannya.
Bilal terselamat dari seksaan Umayyah, tetapi kejahatan Umayyah tidak berhenti sekadar itu, malah berterusan pula dilakukan terhadap keluarga Ammar bin Yasir sehingga berlaku pembunuhan terhadap bapa Ammar, Yasir dan ibunya, Sumayyah binti Al-Khayyat.
Umayyah yang jahat dibunuh Bilal dalam peperangan Badar, waimma pada asalnya, dia tidak mahu terlibat dalam peperangan badar tersebut. Dia sudah menjangkakan, kehadirannya dalam peperangan badar akan menyebabkan dia berketemu dengan Bilal.
Tidak mahu terlibat dalam peperangan badar, memperlihatkan kekecutan Umayyah yang dilihat berani dihadapan hamba-hamba yang lemah. Uqbah bin Abi Muayyit memperlekeh Umayyah dengan menggambarkan Umayyah seperti perempuan.
Diambilnya setanggi wangian, diperasapkan dihadapan Umayyah seraya berkata, ”wangian setanggi akan melekat kepada tubuh kamu wahai Umayyah. Ini menandakan, kamu sebenarnya tidak jantan, tetapi adalah wanita” Abu Muayyit ketawa terbahak-bahak.
Bagai dipelempang ke muka dengan penghinaan yang dilakukan oleh Abu Muayyit itu, menyebabkan Umayyah terlibat juga dalam peperangan Badar yang merupakan perang yang terakhir dia sertai, seterusnya berjumpa dengan tuhan yang maha memberi keadilan.
Umayyah terbunuh dalam peperangan badar dengan tetakan pedang yang dilakukan oleh Bilal. Sebelum tetakan terkena lehernya, kelihatan diwajahnya rupa ketakutan, tidak seperti bilal yang diseksanya dahulu.
Sejak Islam bilal, beliau terlalu rapat dengan Nabi SAW. kulitnya yang hitam, tidak pernah dijadikan perasaan ’geli geleman’ dalam hati nabi untuk menjadikannya sebagai sahabat yang rapat.
Di saat azan disyariatkan, bilal yang menyebut kalimah ”ahad, ahad dan ahad” dikala awal keislamannya yang diseksa oleh kuffar, dilantik oleh Nabi SAW sebagai Muazzin (baca : tukang azan). Perlantikan yang membawa satu pengiktirafan terhadap keimanan dan keislaman bilal sehingga ke hari ini.
Selepas kewafatan Nabi, Bilal bersedih hati yang teramat sangat. Beliau tidak sanggup melihat maqam Nabi SAW. Apabila dilihat ke Makam nabi, pasti matanya tidak disedari menitiskan air.
Tidak sanggup menahan kerinduan, dia berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq yang baru dilantik menjadi Khalifah untuk meminta izin untuk berpindah ke negara lain. dia tidak bersedia untuk menjadi muazzin di saat Nabi SAW tidak dapat dilihat lagi.
Dengan pujukan dan rayuan, Abu bakar As-Siddiq memintanya kekal sebagai muazzin. Dengan berat hati dan bertanggungjawab, tidak sanggup dia menolak permintaan Abu bakar As-Siddiq yang menyelamatkannya dari seksaan Umayyah bin Khalaf di awal Islamnya dahulu.
Di awal pemerintahan Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah, permintaan yang sama diajukan oleh Bilal. Permintaan itu dimakbulkan oleh Umar.
Dia berhijrah ke Syria. Tinggal di sana, meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad. Dia tidak mengabaikan tugasan dakwah yang ditarbiyyah oleh Rasulullah SAW.
Semasa di syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.
“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi bilal.
Sedar dari mimpi, bilal kesedihan. Kerinduannya terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke Madinah; menziarahi kubur Nabi SAW sebagai cara untuk menghilangkan kerinduannya terhadap Rasulullah SAW.
Sesampai di Madinah, Bilal terus meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur nabi, hatinya sudah tidak tertahan lagi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata menitis lebat.
Dia berjumpa dengan cucunda Nabi SAW; hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya.
Dalam suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik bilal, kami terlalu ingin mendengar azan kamu”
Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas bumbung kaabah dan berdiri. Beliau pun memulakan laungan azan.
“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan madinah kegamatan. Ramai rakyat madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.
Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” kegamatan madinah itu telah bertukar dengan kedengaran tangisan manusia.
Tangisan yang berpunca, cari kerinduan mereka terhadap nabi SAW. kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin yang tercinta. Semasa bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun, sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.
Di saat Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah menziarahi Syria. Memandangkan orang syria tidak pernah mendengar azan laungan bilal, mereka berjumpa dengan Umar, meminta agar Umar memohon untuk Bilal melaungkan azannya.
Awalnya, permohonan umar itu ditolak, tetapi setelah diminta, waimma untuk satu solat sahaja, maka bilal pun akur. Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan bilal tersebut, sedang orang yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.
Inilah bilal bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa hidup beliau lagi.
Beliau meninggal dunia di Syria sewaktu umurnya 60 tahun lebih. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriah. Mengikut riwayat lain, beliau meninggal dunia pada tahun 21 hijriah.

Ahad, 16 Disember 2012




                    ASSALAMMUALAIKUM
,bagi seorg lelaki hidup dia mmg x memilih apa yg ada itu yg dia bedal ,,,ok merujuk kejadian yg trjadi tadi ,ak tengh lapar duk umah sorang2 sebab mak ayah ak semua keluar gi rumah sepupu ak ,tambahan lagi ngan hari ni hujan ,makin betambah lapar la ak ,,,,dlm duk ‚’’menyelongkaq’’ kt dapur rumah cari benda yg blh dimakan dan halal di makan ,tetiba
Jumpak bungkusan maggie kt atas ‚’’para’’ masa tu ak yg tengh nazak kelapar bejaya di selamatkan ,syukur alhamdulilah hahhaa, (BUKAN NK PROMOT) tp simpan lah sebunggk maggie untuk kecemasan , walau pon maggie makan yg bajet tp ak rasa sama taraf je ngan nasi ayam begantung la pada tukang mask nya ,,,ok kt bawh ni ak nk share la cara ak masak ,,, resepi ni pon ak ambik dari blog sapa tah


BAHAN BAHAN
•       2 biji telur
•       2 ulas bawang putih
•       4 peket maggie perisa kari
•       2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
•       3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.
•       1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
•       2 cawan air
•       minyak untuk menumis

Cara-cara
1.   Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
2.   Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
3.   Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
4.   Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
5.   Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
6.   Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
7.   Angkat . Makanlah panas-panas.
AMARAN
kalau dah lapar sangat makan ja
maggie rebus campur telur



Sabtu, 15 Disember 2012


Assalamualaikum n semalat malam bagi yg baca semasa waktu malam
Ok mlm ni ak saja x da keja nk kongsi2 la link comic seram hahaha nk kata seram sampai x blh tido mlm tu x la tp setakat wat kan hampa2 semua takut untk keluar pi jamban tengh2 mlm tu blh la ,,link ni pon ak dapt sebb ari tu ak trjumpk dlm youtube,saja2 nk tengk cita hantu trjumpk lak ,bagi ak comic ni mmg best n menarik sbb ak x penh lagi bca comic yg blh wat ak x pegi jamban 4 mlm dan ak hampir2 kena buasir,
So bgi sapa2 yg takut ngan hantu2 ni ak nasihatkn baik tengk pagi jala bukan apa takut kena buasir gara2 takt untk ke tandas mlm2 kang silap2 ak kena saman
Dan bagi sapa2 yg berani n mmg makanan dia la tengk cita hantu tengh2 mlm ni blh la cuba
Ini Cuma cadangn ak ja bagi ak comic ni mmg seram tp x thu la selera org lain mcm mana hahahaha
http://comic.naver.com/webtoon/detail.nhn?titleId=350217&no=31&weekday=tue

dlm kelas ada la sorang budk ni umor dlm 13 tahun ,dia kira yg paling bodoh la kt kelas & mata cikgu
setiap kali peprksan dia kira no last la 
tp dia ni jenis x ambik peduli apa yg ada dlm kelas tu. 
dia selalu tengok pokok kt sebelah kelas. bila cikgu tanya dia pasai 
pelajaran dia x dapt jawap ,,,semua cikgu kata dia bodoh,,,,,,,
setelah  8 tahun belalu  dia pon dah x dok lagi kt sekolah tu,,
satu hari sekolah dia ada wat ceramah motivasi kt budk2 yg nak ambik PMR 
tiba2 dia(budk yg bodoh tu) datang bagi ucapan kt budk2 yg nak ambik PMR ,,sebenarny dia dah jadi professor kt sebuah university yg paling terkenal ,masa tu semua cikgu yg kata dia bodoh terkejut gila
cikgu tu pon tanya dengan malu ,,cam na kamu blh bejaya sedangkan kamulah 
org yg paling bodoh dlm kesal .
dia pon jawap,, sy bukanny x pandai tp sy lagi pandai dari cikgu ,,,,,sebap apa yg dia kata cam tu 
sebap ,,,,die x mabik kisah sangat apa yg cikgu cakp tp dia selalu tengok pokok kt sebelah kelas dia tu
sebap dia menkaji kenapa pokok ni blh jadi ,kenapa pokok ni blh banyk
dan sebap tu la dia blh jadi professor sekarang 
malu gila cikgu2 yg kutuk dia dulu...........

Khamis, 13 Disember 2012



Ok setelah ak 3 thn ak bekecimpung (gitu) dlm dunia silat skrg ak dh bralih kepada bidang pengurusn masud ak ,skrg ak dh libatkan dri 100% dlm KELAB RAKAN MUDA ,,,
Hhahahaha penah dengr ke kelab rakan muda tu apa hahahaha bagi sapa2 yg x thu google ye hahahaha ak dh masuk kelab rakan muda ni dh lama ,sejak ak fom 1 lagi ,time tu time budak2 kan so time tu la baru nk pilah kawan x salah ak nabi penah bersabda klu kawa dengan org yg jual minyak wangi kita pon akn turt bau wangi tp klu kawan dengan tukang besi kita pon akn turt kena panasnya ,mula2 ak pon x tau kelab rakan muda ni kelab apa dengr jambu ja hahaha tp kt kelab tu la ak jumpak kawan2 yg baik2 walaupon semua jenis kahaq2 hahaha ,
Munkin kt sekolah cikgu membahagikn budak mengikut kepandaian tp dlm kelab kami semua sama ja klu nk thu naib pengrusi kelab kami ada org yg bru fom4(2012) n dy tu budk kelas belakang sekali kt sklh raja lope hahaha oh n ak pulak skrg memegang jawatan naib setiausaha

X lama lagu kelab rakan muda parlimen parit buntar akan betukar nama
YOUNG FELLOW CLUB hahaha tu semua cadangan ak tp x thu la ajk2 yg lain stuju ke x ,so skrg ni bru ak rasa mcm ada sesuatu untuk ak pejuangkan ,kepada yg membaca jgn salah faham kelab ni x de sangkt apa pon dgn politik2 ni semua ,dlm kelab kami sendiri pon bukan semua org biru setengh dari kami org hijau tp kami dapt ja duk bawah satu bumbung,,, 

Rabu, 12 Disember 2012

kenapa


ok semua org ada cita2 kan mcm tu gak ngan ak ,,,cita2 ak nanti besr nk jadi director film
sbb kenapa ak nk jadi director film bukn sbb ak suka tengk movie ja tp ak nampak film malaysia dgn film luar negara mcm jauh bezanya bukan ak nk kata film kita ni teruk tp tengk sendiri la ,,,
nk jadi kn sesuatu film tu best bukn dgn kos yg tinggi ,yg penting idea n jalan cita tu ja
ak ambik conth film ketika cinta bertasbih (indon) dlm film ni mmg ak dapt rasa sndiri apa yg cuba disampaikan ,lepas ak tengk cita tu terus time tu ingat allah (ingt sat esok jahat balik)
film2 malaysia ak tengk mcm BAJET ja,,,tengk sendiri la cita malaysia skrg ni ajiboy,hantu air,ngorat la ak tengk pon banyk bgi cept2 je ,, tp bukn x da film2 yg bagus kt mayalsia ni ,sebagai contoh hikayat merong mahawangsa by KRU ,,, kebanyakkn film malaysia yg best pon datg dari KRU la nk harap David Teo hahahaha dy pi cari awek2 singapo blh la awat org kita ni dh x blh belakon ka ??? (sebelum bagi nasi kt rumah sebelah pastikn rumah sndiri tu ada nasi) ,,, skrg ni kenapa film kita jadi mcm ni ?????????? 

cita cita


Kalau dulu time tadika (bgi yg penh mask tadika) cikgu tanya cita2 nk jadi apa ni lah selalunya jawapn nya
-jadi polis cikgu
-jadi askar cikgu
-jadi bomba cikgu
-jadi cikgu ,cikgu
haha hari tu ak ada tanya spp ak dy ni kecik lagi ,,ak tanya dy esok besr nk jadi apa ?
Dy jawab esok esr nk jadi pedana mentri
bagus cara pemikirn bebudk skrg ni hahaha